SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Terima kasih Kerana Sudi Enter

Sabtu, 10 November 2012

Mimpi Jadi Kenyataan


     Ramai orang yang mengimpikan suatu mimpi yang baik supaya menjadi kenyataan. Ada yang mimpi nak jadi orang kaya, ade yang mimpi nak jadi orang berjaya, ade yang mimpi nk ade pasangan hidup yang cantik, handsome, romantis, dan macam-macam lagi. 

     Tapi tidak bagi aku, aku mimpi yang aku akan ade paper yang repeat dan ianya menjadi kenyataan. Sebagai seorang pelajar di institut pengajian tinggi, repeat paper adalah sesuatu yang menggerunkan. Namun apa yang digeruni inilah yang terjadi kepada diriku. Sejujurnya aku mengaku yang lepas aku tahu pasal benda ni, moral aku down sangat. tambah lagi mendengar result kengkawan yang xde repeat sebaliknya meningkat terus membuatkan aku rasa cemburu.


     Namun, semalam aku col mak untuk beritahu pasal pointer aku yang menjunam jatuhnya semalam, seperti biase mak aku x pernah marah ngan keputusan akademik aku. Sebaliknya beliau memberikan kata-kata semangat lagi kat aku untuk terus bangun dari gaung yang gelap. Sejak sekolah lagi mak aku x pernah marah kalau ade keputusan akademik aku yg jatuh namun sebaliknya beliau akan menaikkan semangat aku balik untuk terus berlari kehadapan dan bukannya berhenti di tempat jatuh itu. Inilah yang membuatkan aku sayang sangat mak aku. Beliau x pernah menjatuhkan perasaan anak-anaknya yang gagal dalam pengajian namun sebaliknya membantu naikkan semangat kembali.
     Sekarang aku rasa seperti dilahirkan semula ke dunia ini. Aku akan terus berlari kehadapan untuk mengejar cita-cita aku yang selama ini aku impikan. Aku mahu bawa mak dan ayah aku ke Mekah untuk menunaikan Haji, kalau x dapat menunaikan Haji, dapat buat Umrah pun sudah begitu gembira bagi aku kerana aku ingat lagi suatu ketika dahulu aku pernah tanya mak aku "Kalau boleh mak nk pergi melancong ke negara mana?" dan jawab mak aku, "Mak xnk pergi ke mana-mana negara acik, hanya Mekah tempat yang mak nk jejakkan kaki. Kalau sampai ke sana, mak dah cukup bahagia kerana dapat menjejakkan kaki ke rumah Allah yang suci tu". Jawapan mak aku ini telah menyentuh kalbu aku dan menaikkan lagi semangat untuk aku terus belajar. 

     Lepas ini aku akan cuba sibukkan diri aku ngan pelajaran. Aku berharap akan bertahan ngan azam aku ini sampai aku berjaya kelak. Aku minta kawan-kawan juga mendoakan agar kita semua berjaya mencapai apa yang kita idamkan selama ini. 

2 ulasan:

  1. yup,.. kita serupa,.. mak aku pon mcm tuh,. xmengapa repeat,.. yg penting kita dapat belajar daripada kesalahan kita,.. dan.. yang penting semuanya atas usaha kita,.. :)

    BalasPadam