SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Terima kasih Kerana Sudi Enter

Jumaat, 1 Januari 2016

Final Exam Dis 2015

Final exam da start. Kecuakan melanda bagai nak mati. Haha. Tahun lepas aku start paper, smbung plak di tahun baru ni. Fuhhhh jwb exam dalam masa 2 tahun. Haha. Ok lawak hambar. Jgn maree ye.

Btw just nak wish kat semua yg dok berperang final exam jugak tu, good luck. Allah yuftah alaikum.

Kita hanya mmpu merancang dan berusaha namun Allah swt jua lah yg menentukan nasib kita. Lulus atau gagal, Allah taala yg tentukan, bukan kita yg minta. Kalau kita redha dgn nikmat Allah ini, maka Allah akan tambahkan yg baik, tukarkan yg tidak baik. Soklan exam tu uji kita, keyakinan pd Allah melalui qada dan qadar pun ujian kat kita jugak. Sentiasalah bersangka baik kat Allah swt krn Dia lah jua Tuhan sekalian alam. Tiada tuhan yg layak disembah selain Allah taala.

Sekian tazkirah harini, selamat beriman dan beramal. Wasalam.

Rabu, 30 Disember 2015

Selamat Tinggal 2015

2015 da nak labuhkan tirainya. Diganti plak dgn 2016. Umur pun da makin tua. Dah tu xkan xreti nak wat amal kebaikan. Haha. Ni kata kat diri sndiri aje k. Xde kata kat org lain.

Apapun saya mohon maaf atas salah dan silap jika ade selama kalian mengenali saya. Almaklumlah saya pun manusia biasa, kekadang ade masanya gurau terlebih pahit org kata. Haha.

Semoga tahun baru beri kita harapan baru utk terus maju ke hadapan. Amiin.

p/s: abaikan gambar ig saya yg entah pape tu k.

Ahad, 27 Disember 2015

BBQ Bapta UiTM Perlis

Acara penutup bagi semester ni, hanya mmpu sediakan bbq utk ahli persatuan. Since kita society yg baru. X mmpu lagi nak plan dinner yg gempakz.

Alhamdulillah ramai yg dpt join dgn hanya bayaran rm5 shj. Lecturer pun semua dpt join. Rasa sangat seronok ngan sokongan semua termasok lecturer teknologi polimer.

Sayangnya tempoh pemerintahan aku da tamat, x sempat nak collaborate ngan persatuan ptys diploma utk create event. Hopefully new committee akan try collaborate ngan diowang n come out with one big event.

Ahad, 2 November 2014

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Polimer


Pertama sekali nak ucapkan Syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kpd aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya iaitu ijazah pertama dalam bidang teknologi polimer kat UiTM Perlis.

Sebagai tanda syukur maka suka untuk aku kongsikan kursus2 yang ditawarkan dalam ijazah pertama teknologi polimer uitm ini. Secara keseluruhan kursus bidang ini, korang boleh rujuk gambar dibawah.


 Itu sahaja sekian. Hehehe. Semoga bermanfaat.


Khamis, 20 Disember 2012

TipahVavavoom


Hye There!!!

Ari ni aku nk share satu citer yg agak lawak la
ianya pasal sekor kucing yang aku bela kat umah ni
kucing uh x thu dr mana 
tiba2 jer berlari masok ke dalam umah aku 
mula2 ada 3 ekor tp last2 tinggal sekor jer

aku amik la bela sekor uh
warnanya hitam and ada ekor tersimpul kat hujung
aku bg nama ia TipahVavavoom coz aku minat dengar lagu uh
kawan aku tergelak jer lepas aku bg nama uh
sampai nama Twitter aku pun aku tukar nama TipahVavavoom
sempena nama kucing uh

Aku x thu la 
tp mungkin ramai dah thu sebenarnya aku ni peminat kucing
selama aku hidup
x thu dah berapa ratus ekor aku bela
tp last2 mati kena langgar ngan kete
ase marah pun ade tp nasib baik ade pengganti

berbalik kpd citer kita
apa yg lawak sebenarnya pasal kucing ni
sebenarnya kucing ni milik kwn aku dak bisnes
dia mencari 3 ekor kucing ni 
sampai post kat group batch lg
dia ckp yg aunty umah dia yg buang kucing uh

tp sayangnya aku baca post uh lepas kucing uh dah xda kat umah ni
aku dah buang kucing uh kat kampus
bukan coz aku kejam tp atas sebab2 tertentu
yg aku sendiri sukar nk elakkan

aku buang kucing uh kat GreenCafe UiTM N9
tp ia hilang balik entah kemana
kawan aku uh mencari lg kucing uh
aku ada ckp yg kucing uh dtng kat Wadi Al Zahra ni
tp aku takot lak nk ckp yg aku buang ke kampus lak
aku tkot dia sedih
honestly aku pun x sampai hati nk buang kucing uh
tp aku terpaksa
maafkan aku kawan

ada orng jumpa kucing uh 
tp entah la kawan aku dah dpt balik ke belom
aku harap Tipah elok2 jer
sblm aku buang
aku dah mandikan ia
tp skunk aku x thu la perkembangan ia mcm mana
aku x nampak ag kat mana ia skunk
kalau sapa2 jumpa uh
contact la kawan aku coz dia sayang sangat Tipah uh 
even dia bg nama lain sebenarnya kat Tipah
ni aku letak gambar Tipah
kalau sapa2 jumpa tlong hantar ke kantor polisi ya :)

Rabu, 19 Disember 2012

Terima Kasih kawanku


Hye!!! 

Aku rase aku la orang paling bahagia dalam hidup ni
kerana aku ade ko sebagai kawan sejati
walaupun ko pernah gurau kasar ngan aku 
tp ko tetap pandai jaga hati aku

Aku x minta ko berkorban nyawa untuk aku 
tp aku terharu bila ko sanggup berkorban demi kebahagiaan ku
sejujurnya aku katakan,
aku x keluar dari sini kerana ada ko di sisiku
walaupun ko pernah convince aku tok pergi 
demi masa depan aku

Tapi aku dah bertekad untuk habiskan dulu diploma ni
kalau boleh biar kita sama2 dpt habiskannya 
biar grade pun dalam dewan yg sama n masa yg sama
kerana aku x mahu
ada kegagalan di antara kita

Apa yg ko telah lakukan untuk aku tu
aku x marahkan ko pun
sebaliknya aku nk ucapkan terima kasih kat ko
aku tahu terima kasih je x cukup tok balas jasa baik ko
namun hanya ini yg aku mampu berikan

Terima kasih kawan coz 
ko sanggup memahami aku
walaupun kita baru bertemu dlm masa yg baru

Khamis, 6 Disember 2012

Rumah baru aku


     Sem baru dah mula. Sem baru, rumah pun baru. Sem ni aku nak dok luar lak. Ramai orang tanya kenapa aku nk dok luar? xnk dok dlm ke? aku bg jawapan positif jer dengan minda terbuka iaitu aku nk rasa dok luar lak. Padahal dlm hati aku ngah jawab lain lak (lantak aku la). Rumah sewa aku ni kat dalam area beting jer and 5 minutes only to campus by car or motorcycle. Kalau basikal setengah jam la, and kalau jalan kaki lak harus la sejam bru sampai. 

    Dok kat umah sewa ni memang seronok coz ley dok ngan kawan ramai-ramai. Yang penting hari-hari aku  ley masak ngan dapur kesayangan. Bagi aku, rumah yang paling best ialah rumah yang ada dapur untuk aku masak. Honestly aku xda la pandai sangat masak tp aku suka main campak-campak bahan masa masak uh pastu jadi makanan. Kalau nasib baik, sedap la kalau x memang kene telan jugak coz lapar punya pasal. 

   Semalam aku stay kat kolej sampai malam coz ada Annual Grand Meeting Kelab Debat. Agenda utama meeting ialah Debat Piala Rektor dan Reading Camp. DPR uh program yg aku handle bersama Acap Fauzi. Dalam meeting uh aku kena bg briefing pasal DPR uh. Seram sejuk jugak la nk bercakap depan orang ramai-ramai ni. Even ada sorang hamba Allah ni menganjing aku dalam diam coz maybe dia pikir dia lg bagus kot tp aku x nk pikir negatif. DPR uh Debat Piala Rektor bukan Debat Piala Rafie yer abang. 

    Berbalik kepada rumah sewa aku ni, kitowang tinggal 6 orang termasuk aku. Ada 2 bilik n satu bilik 3 orang. Conclusion untuk rumah ini memang best coz ada dapur kesayangan aku. Semalam housemates aku beli ayam so malam ni kene masak la ayam uh. Aku ase nk goreng je kot. Nak kari ke gulai kawah ke memang x mampu la der coz belum habis belajar ilmu masak ngan bonda tercinta kat kampung sana uh. Ok la nk masak lak, bye sume :)