SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Terima kasih Kerana Sudi Enter

Ahad, 23 Oktober 2011

seronok nya

assalamualaikum wbt. wah seronoknya dpt online balik setelah sekian lama x dpt online. banyak betul benda yang aku nak post kat blog aku ni. pertama skali pasal final exam UiTM sebelum ni. waduh memang capek deh nk persiapkan diri untuk menghadapi final exam. venue aku sume kat Bilik Kuliah (BK). dlm BK ni ade 2 orng invigilator. betol ke aku eja tu? maklumlah dah tinggalkan BEL mase cuti ni. hehe. peluang nak meniru memang susah giler lah. kalau ade sape-sape yg dpt meniru tu, perghhh die memang teror giler r. nk g tandas pun pak guard ikut tau. tepon kene off dan letak kat kaki. memang ketat r. ase mcm menduduki Peperiksaan Awam di China zaman Dinasti Chin lah plak. hehe. ingat lah kat Sejarah Form 4. tp aku paham coz UiTM nk melahirkan student yg sangat berkualiti dan berdaya saing apabila kami keluar kelak. tp satu hal yg aku nk ckp, memang susah giler soalan die. tambah lg untuk math, kimia(sorry miss), physics, dan biology, perghhhhh memang poning den dekau. haha. yang aku x leh bla, soalan triangle math, susah giler aku dok pikir, rupa-rupanya soalan tu salah rupanya. jawapan die adalah MATH ERROR. bagus sangat coz dekat setengah jam aku dok pikir soalan tu jer. soalan inverse function pun same, buat punye buat keluar jawapan yg same ngan soalan die. pening aku dok pikir, hadoiiii. dah alh, dah x nk pikir sal exam tu ag. hehe. pening dah sal tu.



mase nk balik kampung lak, ade lg hal yg berlaku kat aku. nak tahu ape?  tepon aku kene curi. hadoi memang hangin aku lah. dah lah tepon tu tepon kesayangan aku. walaupun tepon tu banyak masalah, namun banyak gak kenangan aku ngan kengkawan aku dlm tu. memang sial betul lah sape yg curi tepon kesayangan aku tu. tepon tu bukannya leh jual pun, dah banyak msalah, sape nk amik. x kesian ke kat aku ni hah wahai pencuri? aku balik kelantan ngan xda tepon. x dapat nk cakap kat mak aku mane aku brada mlm aku nak naik bus tu. risau mak aku kat aku x yah cakap lah kan. dah lah silap beli tiket coz pening kat TermS tu. ada plak aku beli tiket seremban-KB tp lalu ikut tranung. last-last turun kat KB jer. tepon ayah aku takut-takut die leh datang amik, die soh naik teksi lak. kene cas RM40. memang sial betul lah kan. tiket bus RM50 then teksi RM40. RM90 melayang mcm tu jer. orng lain naik bus RM90 ni dah dpt tiket pergi balik dah, aku dpt balik jer. hadoi memang sial tol lah mlm tu. ape-ape pon aku bersyukur coz dah slamat sampai kat umah ni. alhamdulillah.

kerja mase cuti? hehe. cuti aku hanya sebulan setengah lebih kurang namun, boring lah dok umah jer. aku nk cri kerja dekat tempat kerja aku dulu, erm x nk r coz dah lah kerja berat, tp gaji murah. skunk ni aku kerja depan umah jer. hehehe. kerja apa? nak tahu? erm kerja jual burger lah. alhamdulillah setiap mlm ade rezeki yg masuk walaupun x banyak. kerja mcm ni aku ingat senang tp lame2 memang penat giler lah. haha. ape-ape pon aku suka coz x lah dok saje jer kat umah ni. 

cakap pasal cuti ni, lupa lak sal result final exam uh.  ish, seramlah nk tunggu result ni kuar.  dah lah jwb mase final ari tu entah ape-ape. takutlah.  hehe. dengar khabar result kuar 4 Nov 2011 ni. mcm mane lah agaknye yer keputusan aku nanti.  risau ni dah capai tahap gaban, haha. doa dan tawakal sajalah yg dapat aku harapkan skunk ni. doakan kejayaan kami yer.  dah penatlah menaip. sambung lain kali. ape-ape pon, satuhal aku nk cakap adalah, seronok nye. haha. k bye. renung-renung dan fikir-fikirkan, selamat beramal.

Isnin, 3 Oktober 2011

~sentap~

hai
ari ni aku ase hidup aku dah x berguna lg
bg kengkawan2ku
aku pun x thu lah kenapa aku perlu sentap ngan tindakan mereka
terhadap aku sedangkan
itu adalah hak mereka
namun apa yg aku kisahkan sangat adalah
mereka wat aku mcm sampah sarap jer
kalau perlu gune
kalau ase x perlu, paham2 jer
sape yg x sentap kalau diperlakukan sebegini rupa
aku dah jd mcm orang yg merempat jer
yg memerlukan kasih sayang

tp apa yang mereka akan peduli tentang diriku
kalau aku lawan cakap
mula lah nk sentap ngan aku
tp kalau diorang lawan cakap aku
diorang x pikir tentang sentap nya hati aku ni
kalau lah boleh aku kumpulkan dah berapa banyak aku sentap ni
wallahuaqlam lah
aku pun x thu brapa banyak yg aku akan dapat
namun jika aku luahkan kpd mereka sekalipun tentang hal ini
apa yang mereka akan peduli tentang aku ni
dah mereka anggap aku ni mcm sampah yg leh dikitar semula
dan begitulah proses kitaran aku bg mereka

kalau perlu dan boleh digunakan,
maka aku akan dipungut
tp kalau ase x perlu dan x leh digunakan dah
maka aku akan dicampak
begitulah kitar proses hidup aku bg mereka
mereka ingat aku ni xde perasaan ker
aku ni pun manusia jugak
yg punyai hati dan perasaan
apa guna kite berkawan jika aku hanya untuk
diperolok-olokkan
dipermain-mainkan
diguna apabila perlu
dibuang apabila dah ase menyampah

namun semua yang berlaku ini
aku yakin bahawa Allah telah tetapkan hikmahnya
dan aku juga yakin bahawa
Allah tidak akan mengakhiri sesebuah kejadian
dengan keburukan kpd makhluk-Nya
jika kita yakin kepada ketentuan Allah kepada kite
Insha-Allah
kita akan berada dalam golongan orang2 yg beriman
keinginanku sebenarnya adalah untuk menjadi golongan itu

aku doakan kau akan berubah dengan sikap burukmu itu
dan akan menjadi orang yg bersyukur dengan apa yg diberikan
aku x kisah jika kau benci padaku
kerana itu adalah hak mu
namun aku risau tentang perangai mu itu
aku harap kau akan berubah