SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Terima kasih Kerana Sudi Enter

Ahad, 19 Jun 2011

Keindahan UiTM Kuala Pilah

Assalamualaikum wbt,
Apa khabar semua rakan-rakan blogger? Harap dalam keadaan sihat selalu. Mungkin ramai dalam kalangan blogger di sini yang pernah datang ke UiTM Kuala Pilah atau sedang menuntut disini. Semestinya ramai blogger yang sudah tahu tentang keunikan dan kecantikan panorama di sini. Kampus UiTM ini merupakan kampus bongsu yang dibina di Malaysia buat masa ini. Keluasan sebenar kampus ini adalah seluas 200 ekar namun sehingga ke hari ini hanya 80 ekar sahaja kawasan digunakan dengan membina bangunan. Kawasan ini akan menjadi semakin luas dari semasa ke semasa. Usia kampus ini hanyalah baru mencecah 2 tahun. Diharap kampus ini akan terus menjadi salah sebuah kampus UiTM yang masyhur dan berkualiti dengan melahirkan graduan yang celik ilmu pengetahuan dan berdaya saing dalam menempuhi ujian hidup di luar sana. Sekian dahulu, terima kasih.


Ahad, 12 Jun 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt...
Salam perkenalan kepada semua blogger. Nama saya Muhammad Rafie Bin Razali berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Sekarang ini saya sedang melanjutkan pengajian dalam program Diploma Sains di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dalam blog ini saya akan memaparkan wajah sebenar UiTM kampus Kuala Pilah ini. Tempatnya sangat indah di samping sangat sejuk pada waktu malam. Walaupun jauh di kawasan kampung, namun mahasiswa disini sangat bersyukur kerana jauh dari kesibukan kota dan dapat belajar dengan tenang disini.