SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Terima kasih Kerana Sudi Enter

Khamis, 20 Disember 2012

TipahVavavoom


Hye There!!!

Ari ni aku nk share satu citer yg agak lawak la
ianya pasal sekor kucing yang aku bela kat umah ni
kucing uh x thu dr mana 
tiba2 jer berlari masok ke dalam umah aku 
mula2 ada 3 ekor tp last2 tinggal sekor jer

aku amik la bela sekor uh
warnanya hitam and ada ekor tersimpul kat hujung
aku bg nama ia TipahVavavoom coz aku minat dengar lagu uh
kawan aku tergelak jer lepas aku bg nama uh
sampai nama Twitter aku pun aku tukar nama TipahVavavoom
sempena nama kucing uh

Aku x thu la 
tp mungkin ramai dah thu sebenarnya aku ni peminat kucing
selama aku hidup
x thu dah berapa ratus ekor aku bela
tp last2 mati kena langgar ngan kete
ase marah pun ade tp nasib baik ade pengganti

berbalik kpd citer kita
apa yg lawak sebenarnya pasal kucing ni
sebenarnya kucing ni milik kwn aku dak bisnes
dia mencari 3 ekor kucing ni 
sampai post kat group batch lg
dia ckp yg aunty umah dia yg buang kucing uh

tp sayangnya aku baca post uh lepas kucing uh dah xda kat umah ni
aku dah buang kucing uh kat kampus
bukan coz aku kejam tp atas sebab2 tertentu
yg aku sendiri sukar nk elakkan

aku buang kucing uh kat GreenCafe UiTM N9
tp ia hilang balik entah kemana
kawan aku uh mencari lg kucing uh
aku ada ckp yg kucing uh dtng kat Wadi Al Zahra ni
tp aku takot lak nk ckp yg aku buang ke kampus lak
aku tkot dia sedih
honestly aku pun x sampai hati nk buang kucing uh
tp aku terpaksa
maafkan aku kawan

ada orng jumpa kucing uh 
tp entah la kawan aku dah dpt balik ke belom
aku harap Tipah elok2 jer
sblm aku buang
aku dah mandikan ia
tp skunk aku x thu la perkembangan ia mcm mana
aku x nampak ag kat mana ia skunk
kalau sapa2 jumpa uh
contact la kawan aku coz dia sayang sangat Tipah uh 
even dia bg nama lain sebenarnya kat Tipah
ni aku letak gambar Tipah
kalau sapa2 jumpa tlong hantar ke kantor polisi ya :)

Rabu, 19 Disember 2012

Terima Kasih kawanku


Hye!!! 

Aku rase aku la orang paling bahagia dalam hidup ni
kerana aku ade ko sebagai kawan sejati
walaupun ko pernah gurau kasar ngan aku 
tp ko tetap pandai jaga hati aku

Aku x minta ko berkorban nyawa untuk aku 
tp aku terharu bila ko sanggup berkorban demi kebahagiaan ku
sejujurnya aku katakan,
aku x keluar dari sini kerana ada ko di sisiku
walaupun ko pernah convince aku tok pergi 
demi masa depan aku

Tapi aku dah bertekad untuk habiskan dulu diploma ni
kalau boleh biar kita sama2 dpt habiskannya 
biar grade pun dalam dewan yg sama n masa yg sama
kerana aku x mahu
ada kegagalan di antara kita

Apa yg ko telah lakukan untuk aku tu
aku x marahkan ko pun
sebaliknya aku nk ucapkan terima kasih kat ko
aku tahu terima kasih je x cukup tok balas jasa baik ko
namun hanya ini yg aku mampu berikan

Terima kasih kawan coz 
ko sanggup memahami aku
walaupun kita baru bertemu dlm masa yg baru

Khamis, 6 Disember 2012

Rumah baru aku


     Sem baru dah mula. Sem baru, rumah pun baru. Sem ni aku nak dok luar lak. Ramai orang tanya kenapa aku nk dok luar? xnk dok dlm ke? aku bg jawapan positif jer dengan minda terbuka iaitu aku nk rasa dok luar lak. Padahal dlm hati aku ngah jawab lain lak (lantak aku la). Rumah sewa aku ni kat dalam area beting jer and 5 minutes only to campus by car or motorcycle. Kalau basikal setengah jam la, and kalau jalan kaki lak harus la sejam bru sampai. 

    Dok kat umah sewa ni memang seronok coz ley dok ngan kawan ramai-ramai. Yang penting hari-hari aku  ley masak ngan dapur kesayangan. Bagi aku, rumah yang paling best ialah rumah yang ada dapur untuk aku masak. Honestly aku xda la pandai sangat masak tp aku suka main campak-campak bahan masa masak uh pastu jadi makanan. Kalau nasib baik, sedap la kalau x memang kene telan jugak coz lapar punya pasal. 

   Semalam aku stay kat kolej sampai malam coz ada Annual Grand Meeting Kelab Debat. Agenda utama meeting ialah Debat Piala Rektor dan Reading Camp. DPR uh program yg aku handle bersama Acap Fauzi. Dalam meeting uh aku kena bg briefing pasal DPR uh. Seram sejuk jugak la nk bercakap depan orang ramai-ramai ni. Even ada sorang hamba Allah ni menganjing aku dalam diam coz maybe dia pikir dia lg bagus kot tp aku x nk pikir negatif. DPR uh Debat Piala Rektor bukan Debat Piala Rafie yer abang. 

    Berbalik kepada rumah sewa aku ni, kitowang tinggal 6 orang termasuk aku. Ada 2 bilik n satu bilik 3 orang. Conclusion untuk rumah ini memang best coz ada dapur kesayangan aku. Semalam housemates aku beli ayam so malam ni kene masak la ayam uh. Aku ase nk goreng je kot. Nak kari ke gulai kawah ke memang x mampu la der coz belum habis belajar ilmu masak ngan bonda tercinta kat kampung sana uh. Ok la nk masak lak, bye sume :)

Selasa, 13 November 2012

Enjoy Time!!!

     
We are Buddies and we'll not separated :)

    Semalam kuar jalan2 ngan kawan kat Midvalley, KL. Menang syok sangat coz dapat try mcm2 benda yg menyeronokkan. Dapat main bowling dalam suasana mcm rumah hantu, coz gelap kat dalam uh mcm dalam disko lak :) Pastu kitowang main pool lak kat situ. First time main benda alah ni ase syok jugak walaupun ade beberapa kali pukul x kena. Malu pun ade mase uh tp nasib baik x ramai orng kat situ. Hahaha. Dalam pukul x kene pun dapat gak aku masukkan bola snooker uh dlm lubang die. Aku team ngan Raes menang jugak satu round. Lepas main snooker pergi solat Asar. Enjoy2 jugak tp solat jgn ditinggalkan. Lepas solat bersedia nak masuk panggung wayang lak. Citer Skyfall nk start dah. Masa masuk mula2 ok la tp dah kat tengah2 memang perghhh la sejuknya. Macam dok kat Tundra pun ade gak. Tak tahan sejuk sampai aku teragut tangan kawan aku. Nasib baik tak teragut benda lain. Tapi overall citer uh memang BEST giler kot. Sapa yang belom tengok ag, try la tengok, best kot. Mase nk balik umah lak kene naik bus ag. Dah la tunggu bus kat sini lama, bus lambat sampai pas uh dah naik dok dalam kena lak tahan bau coz kiri, kanan, depan, belakang keling ke semua. Bau sorang2 perghhhh x yah ckp r. Sampai kat Puchong Utama lak xde orng yg ley amik dr umah so tanya r dlu pakcik teksi uh. Selalu naik teksi kat situ RM5 jer tp semalam pakcik uh nk amik sampai RM20. Baik sangat pakcik uh sampai nk naikkan tinggi2. Dah la wit aku dah nk hbis mase uh. Last2 xnk naik teksi uh then aku ngan sepupu jalan kaki jer selama sejam lebih nk balik umah. Masa jalan uh dapat tengok orang main bunga api. Banyak gile kot, bukan senang nk dapat pengalaman mcm ni tau. Sesampai jer umah, terus cri kerusi nk duduk coz dah lama giler berjalan dan berdiri. By the way, semalam memang syok giler kot. Hopefully next time dapat kuar ag jalan2 ngan kengkawan mcm semalam even wit hbis banyak. Hehe. Enjoy ur life without forget who we are :)

Skyfall memang BEST!!!!

Sabtu, 10 November 2012

Mimpi Jadi Kenyataan


     Ramai orang yang mengimpikan suatu mimpi yang baik supaya menjadi kenyataan. Ada yang mimpi nak jadi orang kaya, ade yang mimpi nak jadi orang berjaya, ade yang mimpi nk ade pasangan hidup yang cantik, handsome, romantis, dan macam-macam lagi. 

     Tapi tidak bagi aku, aku mimpi yang aku akan ade paper yang repeat dan ianya menjadi kenyataan. Sebagai seorang pelajar di institut pengajian tinggi, repeat paper adalah sesuatu yang menggerunkan. Namun apa yang digeruni inilah yang terjadi kepada diriku. Sejujurnya aku mengaku yang lepas aku tahu pasal benda ni, moral aku down sangat. tambah lagi mendengar result kengkawan yang xde repeat sebaliknya meningkat terus membuatkan aku rasa cemburu.


     Namun, semalam aku col mak untuk beritahu pasal pointer aku yang menjunam jatuhnya semalam, seperti biase mak aku x pernah marah ngan keputusan akademik aku. Sebaliknya beliau memberikan kata-kata semangat lagi kat aku untuk terus bangun dari gaung yang gelap. Sejak sekolah lagi mak aku x pernah marah kalau ade keputusan akademik aku yg jatuh namun sebaliknya beliau akan menaikkan semangat aku balik untuk terus berlari kehadapan dan bukannya berhenti di tempat jatuh itu. Inilah yang membuatkan aku sayang sangat mak aku. Beliau x pernah menjatuhkan perasaan anak-anaknya yang gagal dalam pengajian namun sebaliknya membantu naikkan semangat kembali.
     Sekarang aku rasa seperti dilahirkan semula ke dunia ini. Aku akan terus berlari kehadapan untuk mengejar cita-cita aku yang selama ini aku impikan. Aku mahu bawa mak dan ayah aku ke Mekah untuk menunaikan Haji, kalau x dapat menunaikan Haji, dapat buat Umrah pun sudah begitu gembira bagi aku kerana aku ingat lagi suatu ketika dahulu aku pernah tanya mak aku "Kalau boleh mak nk pergi melancong ke negara mana?" dan jawab mak aku, "Mak xnk pergi ke mana-mana negara acik, hanya Mekah tempat yang mak nk jejakkan kaki. Kalau sampai ke sana, mak dah cukup bahagia kerana dapat menjejakkan kaki ke rumah Allah yang suci tu". Jawapan mak aku ini telah menyentuh kalbu aku dan menaikkan lagi semangat untuk aku terus belajar. 

     Lepas ini aku akan cuba sibukkan diri aku ngan pelajaran. Aku berharap akan bertahan ngan azam aku ini sampai aku berjaya kelak. Aku minta kawan-kawan juga mendoakan agar kita semua berjaya mencapai apa yang kita idamkan selama ini. 

Sabtu, 18 Ogos 2012

DERU 2012


Assalamualaikum w.b.t. Hi rakan-rakan blogger sekalian. Wah dah nk dekat setahun aku x update blog ini. Bukan x nk update tp masa x mengizinkan. Lagipun aku x thu nk tulis apa. Biasalah kalau dah namanya student memang busy la jawabnya. Tapi aku ade satu benda nk kongsi ngan korang kat sini. Pada 9-12 Ogos 2012 lepas aku ngan kawan-kawan debat aku dah pergi ke UiTM Kampus Dungun menghadiri satu program iaitu Debat Ramadan UiTM 2012. Tujuan program ini adalah untuk mengumpulkan semua wakil kelab debat UiTM seluruh Malaysia dan berlatih sama-sama ngan abang senior serta alumni dan pada masa yang sama dapat belajar lebih mendalam lagi tentang bagaimana sebenarnya debat universiti. Masa kat situ memang banyak yg kami pelajari untuk memperkukuhkan lagi ilmu debat yg kami ada, hahaha. Tapi dalam masa yang sama, pihak senior ingin mencari peserta yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam Royal Team Jr. UiTM di mana jika ada pertandingan intervarsiti, merekalah yang akan mewakili UiTM nanti. Alhamdulillah wakil UiTM Negeri Sembilan ada 3 orang yang layak menyertai Royal Team UiTM ni. 


 Sebenarnya bukan tu yang aku nak kongsikan kat sini tp sebenarnya aku nk cakap kat korang yang UiTM Dungun memang besar. Bayangkan kitowang dok kat kolej Palapes uh, berjalan kaki selama setengah jam untuk sampai ke Dewan Kuliah. Nasib baik kitowang dok sane 4 hari jer, tp bagaimana ngan pelajar kat sana. Memang x dpt dibayangkan la perasaan mereka ulang alik setiap hari. Lagi satu, kat sana bukan banyak motosikal tau tp banyak giler basikal melebihi jumlah motosikal yang ade kat kampus kitowang, hehehe. Kampus uh tepi pantai, memang syok sangat waktu petang. Tiba jer malam, bahangnya memang perghhhh, terasa giler. hahaha. Maklumlah, nama lagi tepi laut, malam-malam memang panas la. Kat sana aku jumpa kawan lama aku kat sekolah dulu. Orang yang berperanan penting dalam mengajak aku join debat ni. Kalau xde die, xpernahnya aku masuk debat, hahaha. Masa kat sana dari awal sampai balik, kitowang x habis-habis bergambar jer. Kat sini aku akan tunjukkan sikit gambar yg sempat di'shoot' kat sana, hehehe. Papepon dok kat sana memang best giler. Tp UiTM K.Pilah lagi best r. Ramai kawan aku kat sini, hehehe. Tenungla gambar ni puas-puas k :)

sampai2 jer tros shooting kat pantai

hahaha...lawa x? ni DP facebook aku tau

semua peserta DERU bergambar kenangan tp ni gambar dah di edit

hahaha..saat2 nk balik daa

bukan main sume yer... sume ni kampus lain2 tau

wahhh,,, xnk kalah kau Jah.

kat kawasan Kolej Gemia...masa baru sampai r ni

ni baru gambar betul

poyo ke? Ada aku kesah!!! hahaha

hahaha...kesian sai xde dlm gambar nie

wah,,, lihatlah duniaaa!!!



Peace! No War!!!

sume ngantok jer,,, nasib aku pandai cover....hahaha

eeee...gediknyer.... ada aku kesah!!! hahaha

sebelum bertolak pun kene amik gambar lorh

ek eleh,,poyo jer sume... hahaha

wah tahniah Asyraf Afiq, menang Award ape nie?

lompat si katak lompat, lompat la tinggi2...hehehe

kalau wat DP pun lawa jugak ni

izin laluan Yang Berhormat!!!